DAY 1
We arrived well after lunch time in Makkah. Went straight to check-in and were given by our tour leader about 1 hour before gathering back at the lobby. This is because all of us were in ihram and to avoid unnecessary circumstances that could lead to paying a penalty (dalam bahasa kita dipanggil dam).
At around 4.00pm we left the hotel for what was going to be the moment of time for me and my wife - performing umrah for the first time. I had mixed feelings but mostly scared. "Can I see the Kaabah?". This was the question that had been lingering on my mind since we left Madinah. I did not say anything along the way except beristighfar and I thought my wife did the same. After 50 meters of walking, there it was.... the mosque - Masjidil Haram.
"Astaghfirullah....astaghfirullah....astaghfirullah...." - aku sambung lagi zikir.
Another 200 meters.....150 meters...100 meters... 50..40..30..20..10,9,8,7,6,5,4,3,2,1.... I was now standing at the entrance, King Abdul Aziz entrance. Hanya satu aje yang aku doa masa ni.."Ya Allah janganlah Kau tutup pandanganku dari melihat Kaabah akibat dosa-dosa aku yang lalu".
Kaki pun melangkah masuk... niat iktikaf dalam masjid and..... that's it... aku dapat lihat Kaabah yang tersergam. Walaupun warna kelambunya hitam tapi auranya cukup kuat. Alhamdulillah. Honestly.... perasaan aku cukup lega and I have never felt so relief, so peaceful, so happy in my entire life. Itulah aura Kaabah.
Buat tawaf umrah 7 pusingan. My wife was always by my side. I could see her crying but I did not. Then we performed solat sunat tawaf belakang Maqam Ibrahim. Lepas tu relax kejap sambil minum air zam zam. Rasanya tak sama dengan yang diminum di Malaysia. Di Tanah Haram rasa air zam zam macam air mineral biasa tapi khasiatnya MasyaAllah terlalu banyak.
Next process is Saei, 7 kali ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. We did ok and in 50 minutes (plus minus) we completed it. To end the umrah... one has to bergunting atau bercukur. So aku gunting aje although my wife suggested me to bercukur. Selesai... Lega.... dah keluar dari ihram bermakna 13 pantang larang dah selamat. Masa tu dah nak dekat Maghrib. I and my wife and a few other members in our group decided to go back to the hotel and have our Maghrib back in our room. Penat?? of course. Waktu Isya' kami berjalan semula ke Masjidil Haram untuk bersolat di sana. Kat Tanah Haram ni every waktu ada solat jenazah.
Nak tengok gambar Saei, click sini.
Lepas Isya' we went back to our hotel for dinner. On the way tu terpandang orang jual kebab, beriani tapi relax dulu, banyak lagi masa. Lagi pun badan letih dah nampak katil je. Cuma tak cakap la letih sebab kat Tanah Haram ni jangan main-main dengan ungkapan.
Lepas makan ........ Tidur.
DAY 2
Free and easy. Lepas subuh and breakfast aku sambung tidur. Penat belum hilang. Nothing interesting to share sebab masa banyak diluangkan ke masjid. Cuma tawaf sunat kali ni aku dah expert sikit. Dah tahu teknik-teknik macam mana nak menyelit di celah-celah orang ramai. Jemaah-jemaah dari negara lain ni MasyaAllah.... sabar aje la. Paling tak tahan dari India, Turkey and Iran. Kalau dalam saf di masjid tu dia orang bukan kira. Kita tangah baca Quran pun dilangkahnya kita. Senang cakap memang dia orang ni agak kurang ajar sikit. Nasib baik la kat Tanah Haram.... Sabar aje la.
Nak tengok gambar tawaf, click sini.
We arrived at the mosque for Zohor a bit early and performed tawaf sunat. Selesai tawaf and sembahyang sunat di belakang maqam Ibrahim, my wife suggested untuk sembahyang sunat kat Hijr Ismail. Ini memang dugaan sebab kat sini memang sentiasa penuh sesak. Tapi aku dengan wife cukup yakin dan sambil berjalan mulut dan hati berdoa agar Allah mudahkan dan alhamdulillah memang mudah, Menyelit-menyelit terus dapat tempat. Lapang dan luas lagi.
Selesai solat, kami berdua pun keluar dan menyusuri Kaabah hinggalah ke Rukun Yamani. Dapatlah berdoa sambil memegang Kaabah. Then we wanted to try and have a go at Hajarul Aswad. Sekali lagi mulut berdoa mintak dimudahkan tapi orang memang bersesak-sesak. Suddenly kami dah betul-betul hampir dengan Hajarul Aswad tapi ombak manusia datang dan tolak kami ke belakang semula. Tengok keadaan macam tu I told my wife that we should leave the area and try again some other day. So tak dapat la sebab mulut berdoa tapi hati tak yakin dapat bila tengok orang terlalu ramai. Unlike masa nak masuk Hijr Ismail.
After Zohor, me and my wife took the opportunity to window shop kat kedai-kedai along the street to our hotel. Memang betul kata orang, kalau nak shopping elok kat Madinah sebab lagi murah dan mesra pelanggan (kadang-kadang tu terlebih mesra). Aku decided to buy kebab for lunch dengan kari daging. MasyaAllah....sedapnya. Beli samosa. Rasanya pun sedap. Wife aku biasalah tak tinggal dengan juice dia tu.
DAY 3
Program hari ni ialah ke Tanaim untuk miqat umrah lagi. Pukul 7 pagi bas dah tunggu depan hotel. Kami satu group pun bertolak ke Tanaim. Yang seronok tu Teksi-teksi sapu banyak kat depan hotel offering transport tu Tanaim and Jaaranah (another tempat miqat). Mula-mula tu 10 Rial seorang pergi balik turun kepada 8 Rial then turun 5 Rial. Memang Arab ni kaki kelentong. Dekat Masjid Tanaim lagi pulak. Tambang nak ke Masjidil Haram cuma 2 Rial seorang. Mana logiknya Pak Arab ni?
Nak tengok gambar miqat di Tanaim, click sini.
Proses umrah pun bermula lagi. Alhamdulillah kali ni aku tak ikut guide pun macam first day dulu. Kali ni buat sendiri dengan wife. Satu jam siap. Balik hotel lebih kurang 9.30 pagi. Buat umrah masa ni agak mudah sebab orang tak ramai. Mungkin cuaca panas jadi jemaah-jemaah dari negara lain buat agenda lain. Kalau buat umrah malam memang pack. Dataran Kaabah penuh macam musim haji.
Balik hotel macam biasalah. Letih terus tidur. Pukul 11 pagi bangun nak bersiap ke masjid untuk Zohor. Masa bangun tidur nilah aku rasa betis aku terlalu berat. Cramp betul. Nak pijak lantai pun tak boleh. Nasib baik ada minyak unta beli masa di kebun kurma kat Madinah. And of course.....air zam zam.
Lepas mandi still tak kurang gak. Tapi digagahkan ke masjid. Tapi bila pakai sandals rasa kurang sikit. Agaknya sandals tu absorb pressure kot.
DAY 4
Hari keempat di Makkah kami dijadual melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar kota suci ni. Antaranya, Mina, Arafah, Jabal Tsur, Jabal Nur (Gua Hira'), Jabal Rahmah dan last sekali miqat di Hudaibiyah.
Nak tengok gambar-gambar, click sini.
DAY 5, 6, 7, 8, 9
Aktiviti banyak di masjid dan di masa terluang menjamu mata di kedai-kedai. Masa ni dah rasa akrab dengan group kita orang lebi-lebih lagi dengan tour leader Abang Usop dan isteri Kak Sulma, Kak Nun, Fahmi dan family dll. Dalam kesempatan yang ada, kami pergi ke Gazza Street, Masjid Kucing, rumah tempat nabi lahir, dll. Ada juga program ceramah ugama yang dianjurkan oleh tour agency kami.
DAY 10
Hari terakhir kami di Makkah. Malam sebelum tu kami diingatkan untuk melakukan tawaf wida' pukul 8 pagi sebab bas akan bertolak jam 9 pagi. Malam nak balik tu la baru aku rasa rindu kat anak-anak aku. Itulah kuasa Allah. Dihilangkan rasa rindu supaya kita dapat beribadat dengan tenang dan anak-anak aku pun tak de la stress masa kami tak de.
Dalam perjalanan ke masjid untuk tawaf wida' tu Allah aje yang tahu perasaan kami. Sedih teramat sangat. Apatah lagi masa tawaf dan sembahyang sunat di belakang Maqam Ibrahim. Tak payah la aku cerita tapi bagi yang pernah melalui pengalaman ni akan faham.
9.45 pagi kami pun bertolak ke Jeddah. Perjalanan dari Makkah ke Jeddah cuma mengambil masa sejam setengah. Sampai di Jeddah kami dibawa ke Masjid Terapung, Laut Merah untuk makan tengah hari dan sembahyang Zohor. Lepas tu terus ke airport.
Nak tengok gambar Masjid Terapung, click sini.
Sampai di airport Jeddah, kami check in dan masuk ke departure hall. Sistem dia orang ni memang teruk and the airport itself is ...... see it for yourself. Toilets kat airport pun teruk. Food.....so expensive. Bayangkan satu pinggan nasi beriani dengan 3 jenis lauk harganya 100 Rial. Duty free pun mahal gila. Perfumes cost three times than KLIA. Memang la Arab ni.... Tu sebab agaknya Allah turunkan nabi dan rasul kat tempat dia orang.
Sampai masa we boarded the plane to Doha enroute to KL and safely touched down at KLIA at 3.30pm on 4th June 2009.
What a memorable and satisfactory journey and I pray that I and wife can do it again (Haji dan Umrah).
4.45pm - arrived at home to be greeted by our kids and God I missed them. My sis was also at my house looking after my kids together with Nabilah (anak abang aku) because my parents had gone back to kampung for the funeral of my father's brother in-law.
No comments:
Post a Comment